Kesan Asid Ditemui Di Kediaman Konsul Arab Saudi

Kesan Asid Ditemui Di Kediaman Konsul Arab Saudi

Sumber dalaman pejabat peguam negara Turki, hari ini mendedahkan bahawa pasukan penyiasat menemui kesan asid hidroflorik dan beberapa bahan kimia lain dalam perigi di kediaman konsul jeneral Arab Saudi di Istanbul.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sumber dalaman pejabat peguam negara Turki, hari ini mendedahkan bahawa pasukan penyiasat menemui kesan asid hidroflorik dan beberapa bahan kimia lain dalam perigi di kediaman konsul jeneral Arab Saudi di Istanbul.

Sumber itu berkata, pembunuh melupuskan mayat wartawan Jamal Khashoggi yang siap dikerat dalam asid di salah sebuah bilik di kediaman Konsul Jeneral Arab Saudi, Mohammed al-Otaibi.

Wakil Al Jazeera yang melaporkan dari Istanbul berkata, kediaman itu digeledah pasukan penyiasat Turki, dua bulan selepas tarikh pembunuh berlaku.

“Menurut sumber ini, dalam tempoh dua minggu itu, asid digunakan untuk memusnahkan mayat Jamal Khashoggi yang sudah dikerat,” katanya. - Agensi/ Al Jazeera


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky