Konflik Baharu Israel-Palestin?

Konflik Baharu Israel-Palestin?

Jet pejuang Israel membedil wilayah Gaza, semalam selepas empat tentera rejim Zionis cedera dalam kejadian letupan melibatkan bahan letupan diubah suai di sempadan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jet pejuang Israel membedil wilayah Gaza, semalam selepas empat tentera rejim Zionis cedera dalam kejadian letupan melibatkan bahan letupan diubah suai di sempadan.

Dua tentera turut cedera parah dalam insiden itu yang kononnya disifatkan sebagai serangan paling serius di sepanjang sejak perang Israel-Palestin pada 2014.

Sebagai respons, tentera rejim Zionis bertindak melancarkan serangan udara ke atas enam kedudukan Hamas di Gaza termasuk terowong rahsia di kawasan Zaytun dan markas tentera gerakan itu berhampiran Deir el-Balah serta Khan Yunis.

Serangan itu bagaimanapun meragut dua nyawa remaja Palestin, Salam Sabah dan Abdullah Abu Sheikha masing-masing berusia 17 tahun.

Saksi memaklumkan kedua-dua mangsa terbunuh di timur bandar Rafah di selatan wilayah tersebut selepas siri serangan udara dan mortar dilancarkan Israel.
Sementara itu, sayap tentera Hamas, Briged al-Qassam memaklumkan sistem pertahanan antipesawat telah digunakan untuk menangkis serangan udara tersebut.

Gerakan Jihad Islam dalam satu kenyataan pula menegaskan penduduk Gaza akan bertindak balas dengan tegas terhadap sebarang penindasan Israel.

"Tanah di Gaza bukan tempat berkelah untuk musuh. Kami akan terus menentang pencerobohan rejim Zionis," tegasnya. - Agensi


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky