Krisis Diplomatik Negara Teluk Tidak Mungkin Selesai Dalam Masa Sehari: Menteri Luar Qatar

  • News Code : 842323
  • Source : ABNA24
Brief

Qatar berkata bahawa krisis diplomatik di antara Doha dan blok pimpinan Arab Saudi "tidak mungkin dapat diselesaikan dalam masa sehari" selepas usaha Setiausaha Jabatan Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson untuk meredakan konflik di antara pihak bertikai menemui kegagalan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Qatar berkata bahawa krisis diplomatik di antara Doha dan blok pimpinan Arab Saudi "tidak mungkin dapat diselesaikan dalam masa sehari" selepas usaha Setiausaha Jabatan Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson untuk meredakan konflik di antara pihak bertikai menemui kegagalan.

Menteri Luar Qatar, Syeikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani membuat kenyataan itu di dalam sebuah sidang akhbar yang turut disertai oleh rakan sejawatnya dari Turki, Mevlut Cavusoglu di ibu negara Turki, Ankara pada hari Jumaat.

Tillerson pada awal minggu ini melawat Qatar dan Arab Saudi untuk bertemu dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad Bin Salman dan Raja Qatar, Syeikh Tamim Bin Hamad Al-Thani dalam rangka memperbaiki hubungan kedua-dua negara Arab itu.

Krisis diplomatik itu bermula pada 5 Jun lepas apabila Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Mesir secara rasmi menuduh bahawa Qatar menyokong keganasan dan berusaha untuk menggugah kestabilan rantau Timur Tengah. Qatar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Arab Saudi turut menutup sempadan negaranya dengan Qatar dalam rangka meningkatkan tekanan ke atas Doha. Majoriti bekalan makanan Qatar datang daripada sempadan tersebut sekaligus mewujudkan keadaan panik. Akan tetapi, perkara itu menjadi terkawal apabila Turki dan Iran mula membekalkan bahan keperluan itu ke negara Arab tersebut.

Pakatan pimpinan Arab Saudi turut mengemukakan senarai tuntutan yang terdiri daripada 13 belas perkara. Doha menolak perkara itu dan menyifatkannya sebagai tidak boleh diterima kerana tuntutan itu menggugah kedaulatan negara tersebut. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram