Kubur Besar Daesh Ditemui

Kubur Besar Daesh Ditemui

Kubur besar mengandungi sekurang-kurangnya 23 mayat militan Daesh ditemui di wilayah Nineveh, kata pasukan keselamatan Iraq.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kubur besar mengandungi sekurang-kurangnya 23 mayat militan Daesh ditemui di wilayah Nineveh, kata pasukan keselamatan Iraq.

"Kesemua mayat berkenaan dipercayai berpangkat komander kanan dan dibunuh anggota Daesh sendiri kerana mengingkari arahan," kata Pegawai Biro Media Operasi Komando Nineveh, Kolonel Saleh Sheef.

Menurutnya, ia ditemui di selatan Mosul kira-kira 400 kilometer di utara Baghdad.

Katanya lagi, kad pengenalan dan pangkat turut ditemui pada mayat berkenaan. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky