Kubur Mengandungi 34 Mayat Ditemui Di Raqa

Kubur Mengandungi 34 Mayat Ditemui Di Raqa

Satu kubur besar mengandungi mayat lebih 30 orang mangsa pembunuhan militan Daesh ditemui oleh pasukan keselamatan Syria di wilayah Raqa, hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Satu kubur besar mengandungi mayat lebih 30 orang mangsa pembunuhan militan Daesh ditemui oleh pasukan keselamatan Syria di wilayah Raqa, hari ini.

Ia adalah kali ketiga pasukan Syria menemui kubur seumpama itu di wilayah berkenaan yang satu ketika dulu dikuasai militan terbabit.

Agensi berita rasmi Syria, SANA melaporkan, penemuan itu dibuat pasukan tentera dengan kerjasama beberapa pakar di bahagian barat wilayah Raqa.

Menurut seorang anggota pertahanan awam, sejumlah 34 mayat telah dikeluarkan dari kubur berhampiran pekan Rathman itu.

Kesemua mayat itu dibawa ke hospital tentera di wilayah Aleppo untuk proses pengecaman.

Bahagian barat daya wilayah Raqa berada di bawah kawalan tentera kerajaan tetapi baki kawasan itu dikawal oleh Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS) dan pihak bertanggungjawab menewaskan kumpulan militan, Oktober lalu.

Akhir Disember lalu, pasukan keselamatan Syria menemui dua kubur besar di bahagian barat wilayah yang sama, mengandungi lebih 150 mayat. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky