Lagi Penduduk Palestin Mati Ditembak Tentera Israel

Lagi Penduduk Palestin Mati Ditembak Tentera Israel

Seorang lagi penduduk Palestin mati ditembak oleh tentera Israel menjadikan mangsa yang dibunuh tentera rejim Zionis itu pada hari ini meningkat dua orang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang lagi penduduk Palestin mati ditembak oleh tentera Israel menjadikan mangsa yang dibunuh tentera rejim Zionis itu pada hari ini meningkat dua orang.

Mangsa terbaharu dikenali sebagai Ahmad Rashad Al-Athamneh, 24 yang ditembak di utara Semenanjung Gaza.

Terdahulu Ahmad Abu Aqel, 25, mati ditembak ketika sedang berdiri berhampiran sekumpulan penduduk Palestin yang membakar tayar di Jabaliya.

Kematian Ahmad Rashad itu menjadikan jumlah penduduk Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel meningkat kepada 36 orang sejak tercetusnya bantahan besar-besaran bermula 30 Mac lalu di sepanjang sempadan Gaza-Israel. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky