Pertempuran berlaku antara penunjuk perasaan Palestin dan tentera Israel selepas rejim Tel Aviv mengarahkan penutupan sebuah sekolah di Tebing Barat.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pertempuran berlaku antara penunjuk perasaan Palestin dan tentera Israel selepas rejim Tel Aviv mengarahkan penutupan sebuah sekolah di Tebing Barat.
Pertempuran semalam tercetus apabila sekumpulan pelajar dan pemimpin tempatan cuba memasuki sebuah sekolah di bandar Sawiyah, utara Nablus yang diarahkan tutup oleh tentera rejim.
"Kami menentang keputusan ini, kanak- kanak berhak mendapat pendidikan, mereka berhak pergi ke sekolah sepertimana kanak-kanak di negara lain," kata seorang pemimpin tempatan, Samer Ewass.
Menurutnya, sekolah berkenaan menyediakan pendidikan buat kanak-kanak Palestin di Kampung as-Sawiya dan al-Lubban.
Persatuan Palang Merah Palestin berkata, sekurang-kurangnya empat orang terkena tembakan peluru getah, manakala beberapa penunjuk perasaan terkena gas pemedih mata yang dilepaskan tentera rejim.
Sebelum ini, berpuluh pelajar Palestin cedera setelah tentera dan penduduk Israel yang bersenjata menyerbu sebuah sekolah di Tebing Barat pada 11 Oktober lalu.
Dalam pada itu, Kesatuan Eropah (EU) memaklumkan lebih 100 struktur, termasuk kediaman, sekolah, pusat perlindungan dan saliran air di Tebing Barat telah dimusnahkan atau dirampas rejim Israel.- PressTV
Lebih 600,000 penduduk Israel kini mendiami hampir 230 penempatan, dan rejim Israel dengan angkuh enggan berhenti menceroboh kawasan Palestin. - PressTV