Laporan Berhubung Serangan Kimia Di Syria Adalah Palsu: Rusia

Laporan Berhubung Serangan Kimia Di Syria Adalah Palsu: Rusia

Kementerian Luar Negeri Rusia mengecam laporan berhubung serangan gas kimia yang didakwa dilakukan oleh kerajaan Syria di Timur Ghouta Timur dengan menyifatkannya sebagai palsu sambil memberi amaran bahawa sebarang campur tangan ketenteraan berdasarkan "alasan yang dicipta dan dibuat" boleh mendatangkan akibat yang buruk.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Luar Negeri Rusia mengecam laporan berhubung serangan gas kimia yang didakwa dilakukan oleh kerajaan Syria di Timur Ghouta Timur dengan menyifatkannya sebagai palsu sambil memberi amaran bahawa sebarang campur tangan ketenteraan berdasarkan "alasan yang dicipta dan dibuat" boleh mendatangkan akibat yang buruk.

"Penyebaran cerita-cerita palsu mengenai penggunaan bahan klorin dan bahan-bahan beracun yang lain (Syria) terus berleluasa. Malangnya sebuah lagi maklumat palsu berhubung serangan kimia di Douma, Syria muncul semalam," kata kementerian tersebut di dalam sebuah kenyataan pada hari Ahad.

Tindak balas Moscow itu datang beberapa jam selepas kumpulan militan dan para aktivis yang dikaitkan dengan kumpulan militan tersebut. Antara yang dilaporkan bertanggunjawab di dalam penyebaran laporan tersebut adalah kumpulan pertahanan awam bernama White Helmets yang mendakwa bahawa pasukan tentera kerajaan pada hari Sabtu telah menggugurkan bom yang mengandungi bahan kimia beracun di Douma -kota terbesar di wilayah Ghouta- sekaligus membunuh dan mencederakan berpuluh-puluh orang awam.

Damsyik, di dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada hari Sabtu, dengan tegas menolak tuduhan tersebut dan mengatakan bahawa kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Jaish al-Islam Takfiri yang memiliki kehadiran dominan di bandar itu- sekali lagi mengulangi tuduhan mereka berhubung penggunaan senjata kimia oleh tentera Arab Syriam dalam rangka "menghalang kemaraan Tentera Darat," di wilayah terbabit.

Terdahulu pada hari Ahad, Jabatan Negara Amerika Syarikat juga mengeluarkan kenyataan yang keras dengan menyalahkan kerajaan Syria kerana menlancarkan serangan tersebut. Mereka turut menuduh Rusia dengan mengatakan bahawa Moscow "bertanggungjawab" ke atas semua insiden serangan kimia di negara Arab itu, tanpa mengira pihak manapun yang melancarkannya.

Kementerian Luar Rusia, di bahagian lain di dalam pernyataannya, mengatakan bahawa Moscow telah "beberapa kali memberi amaran baru-baru ini terhadap provokasi yang berbahaya itu."

"Tujuan spekulasi yang palsu serta tidak memiliki sebarang asas tersebut adalah untuk melindungi pengganas... selain daripada percubaan untuk menjustifikasikan kemungkinan penggunaan kuasa luar," di negara Arab yang berdaulat itu.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky