Laporan Serangan Kimia Selepas Amaran Rusia

Laporan Serangan Kimia Selepas Amaran Rusia

Menurut laporan, sebuah serangan kimia baru telah dilancarkan ke atas wilayah Damsyik di pinggir timur Ghouta sejurus selepas pihak Rusia memberi amaran bahawa kumpulan pengganas sedang merancang untuk melancarkan serangan sedemikian di kawasan itu untuk sebelum menyalahkan kerajaan Syria di atas jenayah tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut laporan, sebuah serangan kimia baru telah dilancarkan ke atas wilayah Damsyik di pinggir timur Ghouta sejurus selepas pihak Rusia memberi amaran bahawa kumpulan pengganas sedang merancang untuk melancarkan serangan sedemikian di kawasan itu untuk sebelum menyalahkan kerajaan Syria di atas jenayah tersebut.

Sumber pihak militan dipetik sebagai berkata bahawa beberapa orang mengalami simptom yang konsisten dengan keracunan gas klorin di kawasan al-Shayfouniya pada hari Ahad, dan seorang kanak-kanak juga dilaporkan telah terbunuh.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang bersikap pro-militan, berkata bahawa 14 orang awam dilaporkan mengalami kesulitan bernafas selepas pesawat tempur Syria menyerang sebuah kampung di wilayah timur Ghouta.

Kumpulan pemerhati yang berpusat di London itu memetik para mangsa, pemandu ambulans dan yang lain sebagai berkata bahawa mereka telah tercium gas klorin selepas "letupan besar" di kawasan itu.

"Sekurang-kurangnya 18 mangsa dirawat dengan gas oksigen," kata agensi berita Reuters yang memetik sumber militan yang tidak dikenali.




Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky