Lavrov Nyatakan Kekesalan Moscow Berhubung Tindakan Washington Menghalang Penghantaran Pasukan Penyiasat Serangan Kimia Idlib

  • News Code : 825180
  • Source : ABNA24
Brief

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, memberitahu Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson di dalam sebuah perbualan telefon bahawa Moscow amat kesal dengan tindakan Washington menolak usul Kremlin untuk menghantar para penyiasat ke Syria dalam rangka menyiasat serangan kimia di Idlib.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, memberitahu Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson di dalam sebuah perbualan telefon bahawa Moscow amat kesal dengan tindakan Washington menolak usul Kremlin untuk menghantar para penyiasat ke Syria dalam rangka menyiasat serangan kimia di Idlib.

Pada hari Khamis, usul Rusia dan Iran untuk menugaskan Pertubuhan berhubung Pelarangan Senjata Kimia (OPCW) menghantar delegasi ke Syria dalam rangka menyiasat serangan kimia di wilayah Idlib telah ditolak.

"Lavrov meluahkan kekesalannya bahawa Washington menolak inisatif Rusia di OPCW untuk menghantar delegasi penyiasat dalam rangka mengesahkan dakwaan penggunaan gas sarin di Khan Shaykhun pada 4 April dan dakwaan wujudnya bahan beracun itu di pangakalan udara Sha'irat milik Syria," kata Rusia.

Amerika Syarikat sebelum ini melancarkan 59 buah peluru berpandu Tomahawk ke atas pangakalan udara Sha'irat yang didakwa mereka telah digunakan oleh Damsyik untuk melancarkan serangan kimia di Khan Shaykhun itu. Tiada bukti setakat ini yang diberikan Washington untuk menyokong dakwaannya itu.

Damsyik menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu sambil mengatakan bahawa tindakan seperti itu tidak akan menguntungkan mereka.

OPCW pada tahun 2016 telah mengumumkan bahawa kesemua senjata kimia milik Damsyik telah dimusnahkan.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram