Lawatan Putera Mahkota Saudi Ke London Ditangguh

Lawatan Putera Mahkota Saudi Ke London Ditangguh

Sebuah laporan mendedahkan bahawa lawatan Putera Mahkota Arab Saudi ke United Kingdom yanng dirancang pada bulan ini akan ditangguhkan berikutan kebimbangan bahawa lawatan Mohammed Bin Salman akan berhadapan dengan liputan negatif pihak media serta protes jalanan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah laporan mendedahkan bahawa lawatan Putera Mahkota Arab Saudi ke United Kingdom yanng dirancang pada bulan ini akan ditangguhkan berikutan kebimbangan bahawa lawatan Mohammed Bin Salman akan berhadapan dengan liputan negatif pihak media serta protes jalanan.

Portal berita Middle East Eye (MEE) pada hari Selasa berkata bahawa lawatan Bin Salman ke London telah dijadualkan pada bulan ini. Akan tetapi, lawatan itu akan ditangguhkan ke 7 Mac tahun ini kerana Riyadh khuatir bahawa Putera Mahkota Arab Saudi itu akan menjadi sasaran protes berikutan rekod hak asasi yang buruk oleh negara itu dan jenayah perang mereka di Yaman.

Kumpulan aktivis terkenal Britain seperti Stop The War Coalition (StWC) dan Campaign Against Arms Trade (CAAT) telah lama menyuarakan kemarahan mereka ke atas pencabulan hak asasi manusia oleh rejim Riyadh dan tindakan ketenteraan mereka di Yaman.

Beberapa hari lepas, para aktivis tersebut turut melancarkan sebuah protes berhadapan Kedutaan Arab Saudi di London.

UK pula telah meningkatkan penjualan senjata mereka ke negara bermonarki mutlak itu sebanyak 500 peratus sejak Riyadh memulakan kempen ganas mereka ke atas Yaman, lapor The Independent pada November lepas. Perkakasan ketenteraan yang dijual kepada Arab Saudi sepanjang tempoh itu merangkumi pesawat tempur, bom dan peluru berpandu yang berharga sekitar USD 6.4 bilion. -ABNA24



Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky