Lebih 20 Maut Di Timur Syria

Lebih 20 Maut Di Timur Syria

Serangan udara tentera pakatan diketuai Amerika Syarikat (AS) membunuh sekurang-kurangnya 24 orang di timur Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Serangan udara tentera pakatan diketuai Amerika Syarikat (AS) membunuh sekurang-kurangnya 24 orang di timur Syria.

Lapor agensi berita Sanaa semalam, serangan itu disasarkan di sebuah kem pelarian di kawasan timur wilayah Dharet al-Allouni.

Serangan turut mencederakan puluhan yang lain serta memusnahkan beberapa bangunan berhampiran.

Insiden itu berlaku beberapa jam selepas Damsyik mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC), untuk bertindak terhadap tentera pakatan yang kononnya berperang dengan pengganas Daesh, sebaliknya secara terang-terangan melakukan pembunuhan beramai-ramai di Syria. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky