Mahkamah Tangguh Perbicaraan Isteri PM Israel

Perbicaraan isteri Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang didakwa menipu dan pecah amanah, ditangguhkan selama tiga bulan, menurut kenyataan pentadbiran mahkamah hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perbicaraan isteri Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang didakwa menipu dan pecah amanah, ditangguhkan selama tiga bulan, menurut kenyataan pentadbiran mahkamah hari ini.

Perbicaraan Sara Netanyahu, yang dijangka dimulakan di mahkamah majistret di Baitulmaqdis pada 19 Julai ini, sebaliknya akan bermula di mahkamah sama pada 7 Oktober.

Penangguhan dibenarkan hakim Avital Chen atas permintaan pejabat peguam negeri dan peguam tertuduh, menurut kenyataan, tanpa memberikan butiran lanjut.

Sejak 2010 hingga 2013, Netanyahu, keluarga dan tetamunya mendapat ratusan hidangan yang sudah disediakan bernilai 359,000 shekel, menurut kertas pertuduhan.

Sara menafikan sebarang salah laku dan Netanyahu menyifatkan dakwaan itu sebagai mengarut. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky