Mahu PBB ‘Tekan’ Arab Saudi

Mahu PBB ‘Tekan’ Arab Saudi

Kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International menggesa negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menyalahkan Arab Saudi berhubung pencabulan hak asasi manusia di Yemen dan di negara itu sendiri di tengah-tengah terdapatnya tekanan daripada masyarakat antarabangsa ekoran pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International menggesa negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menyalahkan Arab Saudi berhubung pencabulan hak asasi manusia di Yemen dan di negara itu sendiri di tengah-tengah terdapatnya tekanan daripada masyarakat antarabangsa ekoran pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi.

Majlis Hak Asasi Manusia PBB Isnin ini dijangka mengadakan semakan universal pertama Arab Saudi sejak 2014 ketika Riyadh bergelut dengan pertikaian berhubung pembunuhan Jamal di konsulat negara itu di Istanbul, bulan lalu.

“Negara anggota PBB perlu berhenti ‘memekakkan telinga’ tentang Arab Saudi dan melakukan tugas mereka meneliti kekejaman Riyadh bagi mencegah pencabulan hak asasi manusia yang lebih hebat di negara itu dan Yemen.

“Langkah Arab Saudi menindas pengkritik mereka dengan mengambil contoh pembunuhan Jamal bulan lalu hingga saat ini diabaikan dengan sengaja,” kata Pengarah kempen Asia Barat Amnesty International, Samah Hadid.

Arab Saudi sejak 2015 mengetuai perikatan tentera memerangi pemberontak Houthi di Yemen yang memihak kepada kerajaan diiktiraf masyarakat antarabangsa dan langkah itu mendapat kritikan kerana angka kematian orang awam dan ancaman kebuluran dicetuskan oleh konflik terbabit.

Riyadh turut mendapat perhatian ekoran tindakan keke­rasan ke atas aktivis di negara itu dan diskriminasi ke atas golongan minoriti Syiah terutamanya selepas Putera Mahkota Mohammed Salman meningkatkan pengaruhnya walaupun cuba memperkenalkan pembaharuan kepada imej Arab Saudi.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, arahan untuk membunuh Jamal dibuat daripada pihak tertinggi kerajaan Arab Saudi.

Beliau berkata demikian kira-kira sebulan selepas Jamal dibunuh di dalam bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul, sejajar dengan janjinya untuk terus memburu pihak yang bertanggungjawab dalam insiden berkenaan.

Bagaimanapun kata Erdogan, beliau tidak percaya bahawa Raja Salman perlu dipersalahkan dalam insiden pembunuhan pengkritik putera mahkota Arab Saudi itu.

Namun, Presiden itu gagal mengenepikan pembabitan Putera Mahkota Mohammed dalam ‘skuad pembunuh’ Jamal.

Kenyataan Erdogan itu di­bu­at sebaik sahaja salah seorang pemimpin kanan tentera mendedahkan bahawa mayat Jamal dilupuskan di dalam bangunan konsulat, dalam usaha menge­lakkan ia daripada dikesan. – AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky