Mahu Turun Takhta?

  • News Code : 865856
  • Source : Sinar Harian
Brief

Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman dilaporkan merancang untuk menyerahkan takhta kepada anaknya, Putera Mahkota Mohammed Salman yang baru-baru ini melancarkan kempen antirasuah besar-besaran terhadap golongan elit di negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman dilaporkan merancang untuk menyerahkan takhta kepada anaknya, Putera Mahkota Mohammed Salman yang baru-baru ini melancarkan kempen antirasuah besar-besaran terhadap golongan elit di negara itu.

Kelmarin, laman berita digital dunia Arab, Rai al-Youm melaporkan baginda dijangka mengumumkan keputusan itu menjelang 'dua malam akan datang'.

Awal kelmarin, saluran berita al-Arabiya turut turut membuat pengumuman itu menerusi Twitter, namun ia menarik balik tweet tersebut beberapa jam kemudian.   

Spekulasi tentang keputusan Raja Salman untuk turun takhta mula tersebar secara meluas pada akhir Jun lalu apabila baginda menyingkirkan anak saudaranya, Timbalan Putera Mahkota, Mohammed Nayef sebagai pewaris takhta, sekali gus memberi kedudukan itu kepada anaknya.

Lewat malam Sabtu lalu, Mohammed Salman mencetuskan gelombang kejutan di seluruh Riyadh apabila baginda memecat menteri kanan dan menahan puluhan individu terkaya termasuk sepupunya sendiri, al-Waleed Talal di bawah kempen memerangi rasuah di negara tersebut. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram