Majma' Ahlul Bait Kecam Tindakan Rejim Bahrain Serang Rumah Ulama

  • News Code : 831685
  • Source : ABNA24
Brief

Majma' Ahlul Bait Sedunia pada hari semalam mengeluarkan sebuah kenyataan yang mengecam tindakan rejim Manama berikutan tindakan mereka menyerang dan menahan beberapa individu di rumah ulama terkemuka Bahrain, Syeikh Isa Qassim.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Majma' Ahlul Bait Sedunia pada hari semalam mengeluarkan sebuah kenyataan yang mengecam tindakan rejim Manama berikutan tindakan mereka menyerang dan menahan beberapa individu di rumah ulama terkemuka Bahrain, Syeikh Isa Qassim.

Mereka di dalam kenyataan tersebut berkata bahawa "rejim Manama pada tahun lepas telah bertindak bertentangan dengan undang-undang antarabangsa apabila melucutkan kewarganegaraan Syeikh Isa Qassim dan lebih daripada 470 individu lain termasuk para cendiakawan, ahli poltik dan pemimpin masyarakat."

Menurut mereka, "Bahrain juga telah mengambil keputusan sebelum ini untuk menahan dan membicarakan belau. Akan tetapi, kehadiran siang dan malam warga Bahrain telah menghalang mereka daripada mengambil tindakan tersebut," tambah mereka.

"Akan tetapi, selepas lawatan Presiden Amerika Syarikat ke Arab Saudi dan selepas persidangan (yang didakwa penganjur) sebagai perhimpunan menentang keganasan, mereka (rejim Manama) menemui keberanian untuk melancarkan serangan tersebut (serangan ke atas rumah Syeikh Isa Qassim)," kata Majma' Ahlul Bait lagi.

Majma' Ahlul Bait turut mengecam sikap berdiam diri pertubuhan dan pihak berkuasa antarabangsa yang menurut mereka telah memberikan ruang kepada rejim Manama untuk membunuh, mencederakan, menyiksa, melucutkan kewarganegaraan rakyat mereka sendir.

Menurut mereka, jikalau kesemua pihak di atas bertindak secara bersungguh-sungguh untuk menangani kekejaman pihak berkuasa Bahrain, rejim Manama tidak akan berani untuk menyerang rumah ulama tersebut. 


Menurut mereka, nyawa Syeikh Isa Qassim kini sepenuhnya berada di bawah tanggungjawab para pemimpin Amerika Syarikat dan Arab Saudi yang sejak beberapa tahun lepas menyokong rejim Manama secara terang-terangan termasuk dengan menghantar pasukan tentera, penasihat ketenteraan dan agen-agen perisikan mereka ke dalam badan-badan pemerintahan negara Teluk itu.

Majma' turut memuji kesungguhan warga Bahrain di dalam mempertahankan ulama mereka sepanjang 11 bulan yang lalu. Mereka menurut Majma' telah menjalankan tanggungjawab hakiki untuk agama dan bangsa Bahrain.

Pihak Majma' Ahlul Bait juga memberi amaran bahawa konflik di Bahrain pasti akan menjadi lebih parah dan akan membawa kesan buruk ke seluruh dunia jikalau PBB, OIC, EU, pada pemimpin dunia, pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan badan-badan hak asasi manusia gagal menekan rejim Manama untuk membebaskan Syeikh Isa Qassim secepat mungkin tanpa sebarang syarat.

Mereka kemudiannya mengakhiri kenyataan mereka dengan ayat 227 surah Shu'ara; «وَ سَیَعلَمُ الَّذینَ ظَلَمُوا‌ ای مُنقَلَبٍ یَنقَلِبُون» yang bermaksud <Dan (ingatlah) orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana mereka akan kembali> 

**Majma' Ahlul Bait - 2 Khordad 1396 bersamaan 23 Mei 2017


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram