Mayat Calon Ahli parlimen Dalam Kubur Besar

Mayat Calon Ahli parlimen Dalam Kubur Besar

Pasukan keselamatan Iraq telah menemui kubur besar di wilayah Nineveh yang mengandungi beberapa mayat bekas calon ahli parlimen yang dibunuh kumpulan militan Daesh ketika mereka menguasai kawasan itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan keselamatan Iraq telah menemui kubur besar di wilayah Nineveh yang mengandungi beberapa mayat bekas calon ahli parlimen yang dibunuh kumpulan militan Daesh ketika mereka menguasai kawasan itu.

Jurucakap tentera, Kapten Karim al-Obeidi berkata, penemuan menggemparkan itu dibuat polis persekutuan di perkampungan Badush terletak kira-kira 15 kilometer di barat laut Mosul.

"Terdapat lebih 30 mayat dalam kubur tersebut. Kebanyakan calon diculik selepas Mosul dikuasai Daesh pada 2014," jelasnya.

Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet berkata, kekejaman dilakukan Daesh di Iraq telah memberi impak besar dan menyebabkan keluarga mangsa hidup dalam trauma.

"Keluarga mangsa yang dibunuh ini berhak tahu apa yang berlaku pada mereka," ujarnya.

Sebelum ini, Pejabat Suruhanjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia (OHCHR) memaklumkan lebih 200 kubur besar mengandungi ribuan mayat telah dijumpai di wilayah Nineveh, Kirkuk, Salahuddin dan Anbar di bahagian utara dan barat negara tersebut. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky