Mayat Khashoggi Dikerat Tiga Bahagian?

Mayat Khashoggi Dikerat Tiga Bahagian?

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menuntut Arab Saudi mendedahkan lokasi di mana mayat wartawan terkenal, Jamal Khashoggi dibuang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menuntut Arab Saudi mendedahkan lokasi di mana mayat wartawan terkenal, Jamal Khashoggi dibuang.

Terdahulu, media tempatan melaporkan mayat Khashoggi telah dikerat kepada tiga bahagian dan dicampakkan ke dalam perigi di konsulat terbabit.

Semalam, pendakwa raya di Riyadh mengakui bukti diperoleh pihak berkuasa di Ankara menunjukkan pembunuhan itu telah dirancang terlebih dahulu walaupun Saudi mendakwa kolumnis The Washington Post berusia 59 tahun itu terbunuh dalam pergaduhan pada 2 Oktober lalu.

"Siapa beri arahan kepada mereka? Siapa beri arahan kepada 15 individu itu untuk datang ke Turki? katanya ketika berucap di hadapan anggota parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Ankara, hari ini.

Jelasnya, terdapat maklumat dan bukti lain tentang pembunuhan itu yang akan dibongkar oleh beliau.

Menurut Erdogan, ketua pendakwa raya Saudi akan tiba di Turki pada Ahad ini sebagai sebahagian daripada siasatan bersama antara kedua-dua negara.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa bagasi dan beg plastik hitam dibawa keluar dari konsulat menaiki sebuah van hitam.

Sebelum ini, agensi berita prokerajaan, Yeni Sefak mendakwa pasukan yang terlibat dalam insiden itu terpaksa menukar rancangan asal berhubung cara melupuskan mayat pengkritik lantang Putera Mahkota Mohammed Salman itu selepas bimbang tunangnya, Hatice Cengiz mencari beliau.

Laporan itu mendedahkan pakar forensik dan autopsi, Kolonel Salah Muhammed al-Tubaigy yang mengerat kepala, badan dan kaki Khashoggi kepada tiga bahagian sebelum dimasukkan ke dalam bagasi dan beg.

"Tubaigy telah 'membersihkan' bilik mesyuarat di konsulat tersebut, namun penyiasat masih berjaya menjumpai bukti. Polis Turki telah diberi kebenaran untuk memeriksa air dalam perigi terbabit. Tetapi, mereka masih dihalang untuk melakukan pemeriksaan penuh ke atas perigi terbabit," jelas laman itu lagi. - Daily Mail


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky