Menantu Trump Gesa Hapus Status Jutaan Pelarian Palestin

Menantu Trump Gesa Hapus Status Jutaan Pelarian Palestin

Menantu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didakwa memberi tekanan kepada Jordan untuk menghapuskan status kira-kira dua juta pelarian Palestin berdaftar sebagai cubaan mengganggu kerja agensi bantuan PBB.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menantu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didakwa memberi tekanan kepada Jordan untuk menghapuskan status kira-kira dua juta pelarian Palestin berdaftar sebagai cubaan mengganggu kerja agensi bantuan PBB.

Rancangan Jared Kushner itu dibongkar Majalah Foreign Policy yang memperoleh emel dihantar penasihat Trump itu kepada pegawai kanan AS yang mana beliau mengecam Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).

"Adalah penting untuk mengganggu operasi UNRWA. Agensi terbabit yang ditubuhkan untuk mengekalkan status quo tidak cekap dan dihimpit rasuah serta tidak membantu keamanan," menurut kandungan emel tersebut.

Sementara itu, ahli jawatankuasa eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hasan Ashrawi berkata, inisiatif untuk pelarian Palestin adalah sebahagian daripada cubaan AS menjadikan UNRWA sebagai sebuah badan tidak relevan dan menghentikan kerja mereka di Jordan serta negara serantau lain.

"Kushner menegaskan penempatan semula perlu dilakukan di negara tuan rumah dan kerajaan terbabit boleh ambil alih tugas yang dibuat UNRWA sebelum ini," ujarnya lagi. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky