Menteri Israel Larang Tahanan Hamas Tonton Piala Dunia

Menteri Israel Larang Tahanan Hamas Tonton Piala Dunia

Menteri Keselamatan Awam Israel, Gilad Erdan berkata semalam, beliau berhasrat melarang tahanan Palestin yang menjadi anggota Hamas daripada menyaksikan perlawanan akan datang Piala Dunia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Keselamatan Awam Israel, Gilad Erdan berkata semalam, beliau berhasrat melarang tahanan Palestin yang menjadi anggota Hamas daripada menyaksikan perlawanan akan datang Piala Dunia.

"Saya tidak berhasrat membiarkan anggota Hamas yang ditahan di penjara kami menyaksikan perlawanan Piala Dunia ketika tawanan Israel dan tentera ditahan di Semenanjung Gaza," kata Erdan dipetik laman berita YNet sebagai berkata.

Menteri itu berkata, beliau meminta Perkhidmatan Penjara Israel meletakkan 'tekanan' ke atas anggota Hamas yang dipenjarakan.

Mengikut peraturan terkini, tahanan mempunyai hak menonton televisyen, namun Erdan berkata, beliau sedang meneliti jika peraturan itu dapat diubah ketika Piala Dunia, yang berlangsung antara 13 Jun hingga 15 Julai ini.

Katanya, tahanan yang menyokong keganasan tidak boleh mendapat manfaat daripada pertandingan sukan yang menyatukan penduduk.

Mayat dua askar Israel, dibunuh dalam perang Gaza 2014, Oren Shaul dan Hadar Goldin dipercayai ditahan Hamas.

Kira-kira 6,500 penduduk Palestin ditahan di penjara Israel, menurut Kelab Tahanan Palestin. -AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky