Militan Mula Kosongkan Timur Ghouta

Militan Mula Kosongkan Timur Ghouta

Beratus-ratus militan dari kumpulan pengganas Takfiri Jaish al-Islam telah mula mengosongkan posisi terakhir mereka di daerah Timur Ghouta yang terletak di pinggir ibukota Syria, Damysik. Perkembangan itu berlaku sehari selepas mereka mencapai persetujuan dengan tentera kerajaan Syria dengan Rusia sebagai pihak perantara.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Beratus-ratus militan dari kumpulan pengganas Takfiri Jaish al-Islam telah mula mengosongkan posisi terakhir mereka di daerah Timur Ghouta yang terletak di pinggir ibukota Syria, Damysik. Perkembangan itu berlaku sehari selepas mereka mencapai persetujuan dengan tentera kerajaan Syria dengan Rusia sebagai pihak perantara.

"Sejumlah 448 anggota pengganas daripada kumpulan Jaish al-Islam dan keluarga mereka telahpun meninggalkan Douma sebelum dipindahkan ke bandar Jarabulus," yang terletak kira-kira 398 kilometer (248 batu) di timur laut ibukota, Damsyik, lapor agensi berita rasmi Syria, SANA pada hari Isnin.

Rangkaian televisyen milik kerajaan Syria menayangkan rakaman video yang menunjukkan lapan buah bas meninggalkan bandar Douma yang terletak kira-kira 10 kilometer dari pusat Damaskus. Konvoi Bass itu dilihat dikawal oleh kakitangan Bulan Sabit Merah Syria.

Sementara itu, lebih daripada seribu orang militan dari kumpulan Faylaq al-Rahman telah mengundurkan diri dari Douma dengan menggunakan koridor kemanusiaan di Kem Wafideen ke arah kawasan yang masih dikuasai pihak militan di wilayah barat laut Idlib.

Sumber ketenteraan Syria yang tidak dinamakan berkata bahawa 1,146 orang pengganas bersama ahli keluarga mereka telahpun meninggalkan kawasan tersebut pada petang Ahad dengan menggunakan 24 buah bas.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram