Mufti Besar Mesir Kutuk Tindakan Israel Ceroboh al-Aqsa

Mufti Besar Mesir Kutuk Tindakan Israel Ceroboh al-Aqsa

Mufti Besar Mesir, Shawqi Allam mengutuk keras tindakan pelampau Yahudi menceroboh pekarangan Masjid al-Aqsa yang turut diiringi pihak berkuasa Israel, baru-baru ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Mufti Besar Mesir, Shawqi Allam mengutuk keras tindakan pelampau Yahudi menceroboh pekarangan Masjid al-Aqsa yang turut diiringi pihak berkuasa Israel, baru-baru ini.

Menurut Allam, tindakan pelampau berkenaan yang turut melakukan ritual dan upacara sembahyang di dalam masjid suci itu juga disifatkan sebagai provokasi melampau terhadap umat Islam.

Beliau turut memberi amaran bahawa tindakan itu sebagai satu lagi pelan untuk 'mengYahudikan' Baitulmaqdis yang diduduki dengan mengubah ciri-ciri dan menghapuskan identiti Kota Lama tersebut.

Justeru itu katanya, masyarakat antarabangsa dan organisasi serantau perlu segera campur tangan bagi menghentikan tindakan agresif pelampau terbabit.

"Saya menggesa dunia Islam dan Arab serta Unesco berganding bahu dalam usaha menghalang rancangan jahat Israel yang secara jelas memberi ancaman kepada al-Aqsa dan bandar suci tersebut," katanya.

Minggu lalu, lebih daripada 400 peneroka Yahudi menceroboh masuk ke masjid al-Aqsa di bawah perlindungan polis Israel.

Mereka menyanyikan lagu Israel di sekitar pekarangan al-Aqsa sementara sebahagian yang lain melakukan ritual dan upacara keagamaan di dalam masjid tersebut.

Perbuatan itu jelas melanggar perjanjian yang dimeterai antara Israel dan Jordan pada 1967 yang menetapkan orang bukan Islam tidak dibenarkan melakukan upacara ibadat mereka di kawasan terbabit.

Berikutan insiden itu, Kedutaan Jordan di Tel Aviv menghantar surat bantahan kepada kementerian luar Israel.

Jordan, yang menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada tahun 1995, merupakan penjaga tapak suci Islam dan Kristian di Baitulmaqdis. - Agensi


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky