Nasrullah Gesa Pengundi Tidak Pilih Calon Pro-A.S

Nasrullah Gesa Pengundi Tidak Pilih Calon Pro-A.S

Setiausaha Agung pergerakan Hizbullah Lubnan telah memperingatkan warga negara Arab tersebut untuk tidak mengundi calon pro-AS dalam pilihan raya parlimen yang akan datang sambil berkata bahawa calon-calon itu akan menyerahkan negara Arab itu kepada Washington.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Agung pergerakan Hizbullah Lubnan telah memperingatkan warga negara Arab tersebut untuk tidak mengundi calon pro-AS dalam pilihan raya parlimen yang akan datang sambil berkata bahawa calon-calon itu akan menyerahkan negara Arab itu kepada Washington.

Pemimpin Hizbullah itu turut menasihati warga Lubnan untuk turut serta di dalam pilihan raya itu menerusi ucapan beliau yang disiarkan secara langsung di dalam kaca televisyen pada hari Sabtu. Pilihan raya parlimen tersebut dijangka akan berlangsung pada 6 Mei akan datang.

"Para pengundi harus mempertimbangkan kepentingan negara apabila memilih calon mereka. Orang ramai harus melihat pilihan raya yang akan datang dari perspektif memenuhi tanggungjawab kepada negara," katanya.

Nasrallah selanjutnya berkata bahawa "Para pengundi tidak sepatutnya membuat keputusan berdasarkan hubungan kekeluargaan dengan calon, keagamaan mahupun kepartian."








Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky