Netanyahu Disiasat, Disyaki Terima Habuan

  • News Code : 866074
  • Source : Sinar Harian
Brief

Penyiasat polis Israel menyoal siasat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu di kediamannya di Baitulmaqdis kerana disyaki menerima hadiah berharga daripada ahli perniagaan untuk memajukan perniagaan mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Penyiasat polis Israel menyoal siasat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu di kediamannya di Baitulmaqdis kerana disyaki menerima hadiah berharga daripada ahli perniagaan untuk memajukan perniagaan mereka.

Penyiasat unit anti rasuah Lahav 433 tiba di rumah Netanyahu petang kelmarin, untuk menjalankan soal siasat mengenai penglibatannya dalam kes polis 1,000 dan 2,000.

Kes 1,000 melibatkan hadiah yang diberi kepada pemimpin itu dan keluarganya oleh ahli perniagaan berbeza terutamanya penerbit Hollywood kelahiran Israel, Arnon Milchan.

Netanyahu dan isterinya bagaimanapun menafikan salah laku dalam kes tersebut selain mendakwa nilai barang adalah jauh lebih rendah daripada dilaporkan dan ia hanyalah pertukaran kecil antara kawan rapat.

Ia adalah kali kelima penyiasat menyoal siasat Netanyahu kerana rasuah. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram