Netanyahu Sebar Cerita Basi

Netanyahu Sebar Cerita Basi

Iran hari ini menggelar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebagai 'pembohong' berhubung dakwaan negara itu memiliki program senjata nuklear rahsia .

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran hari ini menggelar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebagai 'pembohong' berhubung dakwaan negara itu memiliki program senjata nuklear rahsia .

Menurut jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Ghasemi tuduhan Tehran menipu mengenai cita-cita nuklearnya sebagai 'cerita basi dan memalukan.'

"Tuduhan Netanyahu itu datangnya daripada seorang pembohong besar yang tiada apa untuk ditawarkan kecuali penipuan," ujar Ghasemi.

Netanyahu dalam satu sidang media televisyen semalam berkata, beliau memiliki 'bukti' rancangan senjata nuklear Iran yang mungkin diaktifkan pada bila-bila masa.

Tuduhan tersebut muncul ketika Amerika Syarikat (AS) menimbang untuk menarik diri daripada perjanjian nuklear yang dicapai antara Tehran dan enam kuasa dunia pada 2015. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky