Pakar Kimia Tiba Di Damsyik

Pakar Kimia Tiba Di Damsyik

Sekumpulan pakar kimia Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) yang berpusat di The Hague tiba di Syria bagi menyiasat dakwaan serangan senjata kimia di negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekumpulan pakar kimia Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) yang berpusat di The Hague tiba di Syria bagi menyiasat dakwaan serangan senjata kimia di negara itu.

Mereka ditugaskan menjalankan siasatan di bandar Douma yang dipercayai terkena serangan senjata kimia menggunakan klorin dan sarin pada 7 April lalu.

Menurut pegawai kanan Syria, pasukan yang tiba kelmarin masih belum memulakan tugas mereka.

Sementara itu, Timbalan Menteri, Faisal Mokdad dilaporkan berkunjung ke hotel Four Season di mana kumpulan penyiasat tersebut menginap.

Mengikut kebiasaan, pasukan penyiasat akan memulakan kerja dengan mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi bagi mengadakan perbincangan tertutup tanpa kehadiran media.

"Kami akan pastikan mereka boleh bekerja secara profesional dan telus tanpa sebarang tekanan," ujar Penolong Menteri Luar Negeri Ayman Soussan.

Pihak OPCW sendiri mengesahkan bekalan senjata kimia kerajaan Syria telah dimusnahkan pada 2014, namun tiga tahun kemudian serangan gas sarin dilaporkan berlaku di bandar Khan Sheikhun.

Terdahulu, Amerika Syraikat, Britain dan Perancis bekerjasama membedil lebih 100 peluru berpandu ke Syria susulan dakwaan serangan senjata kimia yang meragut 60 nyawa di Douma. - BBC


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram