Pakatan A.S Akui Akibatkan Kematian 800 Lebih Warga Awam Syria-Iraq

  • News Code : 870171
  • Source : ABNA24
Brief

Sekurang-kurangnya 800 orang warga awam terbunuh akibat daripada serangan pakatan yang diketuai Amerika Syarikat di Iraq dan Syria sejak tahun 2014, baca laporan pakatan itu. Ia turut menambah bahawa pakatan itu bertanggungjawab ke atas "kecederaan dan kematian yang tidak disengajakan di kalangan warga awam."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya 800 orang warga awam terbunuh akibat daripada serangan pakatan yang diketuai Amerika Syarikat di Iraq dan Syria sejak tahun 2014, baca laporan pakatan itu. Ia turut menambah bahawa pakatan itu bertanggungjawab ke atas "kecederaan dan kematian yang tidak disengajakan di kalangan warga awam."

"Sehingga hari ini, berdasarkan maklumat yang ada, (pakatan) menilai bahawa sekurang-kurangnya 801 orang awam telah secara tidak sengaja telah terbunuh akibat serangan pasukan Pakatan sejak Operasi Inherent Resolve dilancarkan (pada tahun 2014), baca laporan pakatan itu yang dikelauarkan pada hari Khamis.

Pakatan itu berkata di sebalik "kejayaan signifikan" ke atas kumpulan pengganas Takfiri Daesh, "pertempuran telah mendatangkan kesan ke atas penduduk yang menderita di bawah anggota ekstremis militan."

"Kami terus menganggap diri kami bertanggungjawab ke atas tindakan yang telah mengakibatkan kematian secara tidak sengaja ke atas warga awam." -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram