Pakatan A.S Serang Posisi Pasukan Pro-Damsyik

Pakatan A.S Serang Posisi Pasukan Pro-Damsyik

Pakatan pimpinan Amerika Syarikat di Syria telah menyerang kedudukan pasukan pro-Damsyik di Dei ez-Zour di dalam operasi yang didakwa mereka bersifat defensif.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pakatan pimpinan Amerika Syarikat di Syria telah menyerang kedudukan pasukan pro-Damsyik di Dei ez-Zour di dalam operasi yang didakwa mereka bersifat defensif.

"Pasukan pro-Damsyik memulakan serangan ke atas ibu pejabat Pasukan Demokratik Syria (SDF)," pada 7 Feb, baca kenyataan yang dikeluarkan oleh pusat pemerintah A.S pada awal hari Khamis.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa anggota pakatan tersebut berada di posisi pasukan SDF ketika mereka diserang.

A.S menempatkan sekitar 2,000 orang anggota tentera mereka di utara Syria dalam rangka memberikan bantuan kepada SDF yang merupakan pakatan yang terdiri daripada beberapa kumpulan militan. Akan tetapi, pertubuhan militan itu secara kasarnya didominasi secara penuh oleh Unit Pertahanan Awam Kurdis (YPG).

Kenyataan itu turut menyebutkan bahawa pakatan itu "melancarkan serangan itu... dalam rangka mempertahankan sekutu mereka yang terlibat di dalam Pakatan Global menentang Daesh."

Kenyataan itu turut mendakwa bahawa serangan itu bersifat defensif semata-mata.

A.S dan sekutu mereka mula membedil apa yang mereka pannggil sebagai kedudukan Daesh di Syria sejak September 2014 tanpa sebarang persetujuan daripada Damsyik ataupun mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Serangan seperti itu walaubagaimanapun kerap menyebabkan kematian di pihak warga awam selain gagal mencapai objektif sebenar mereka. -ABNA24



Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram