Palang Merah Hantar Pakar Bedah, Peralatan Ke Gaza

Palang Merah Hantar Pakar Bedah, Peralatan Ke Gaza

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) berkata hari ini, ia menghantar dua pasukan pakar bedah ke Gaza dan menubuhkan unit sama di hospital utama wilayah terkepung itu bagi merawat mangsa yang cedera parah akibat pertembungan antara tentera Israel dan penduduk Palestin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) berkata hari ini, ia menghantar dua pasukan pakar bedah ke Gaza dan menubuhkan unit sama di hospital utama wilayah terkepung itu bagi merawat mangsa yang cedera parah akibat pertembungan antara tentera Israel dan penduduk Palestin.

Pengarah Asia Barat ICRC, Robert Mardini berkata, penghantaran pakar perubatan dan peralatan akan mempercepatkan pemulihan panjang dan melegakan tekanan terhadap sistem penjagaan kesihatan yang terlebih beban.

Katanya, sejak bantahan bermula 30 Mac lalu, seramai 13,000 penduduk Palestin cedera ditembak tentera Zionis atau terkena gas pemedih mata.

Sementara itu, keadaan tenang kembali ke Semenanjung Gaza dan komuniti Israel berhampiran semalam, selepas ketegangan terburuk memuncak, meningkatkan kebimbangan satu lagi konflik dahsyat di wilayah terkepung Palestin itu.

Di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), wakil Asia Barat Nickolay Mladenov memberi amaran kepada Majlis Keselamatan, peningkatan itu menunjukkan 'betapa hampirnya kita di ambang perang setiap hari.'

Saling berbalas tembakan Selasa dan awal pagi semalam bermula dengan siri serangan roket dan meriam ke dalam Israel dari Gaza.

Israel berkata, ia menyasar 65 kawasan Palestin di Semenanjung Gaza dan berkata, kira-kira 100 roket dan meriam dilepaskan dari Gaza sama ada meletup dalam Israel atau dipintas pertahanan udara.

Dalam satu kenyataan bersama jarang dibuat, Hamas dan Islamic Johad mengisytiharkan, mereka bertanggungjawab atas serangan roket dan meriam itu, berkata, ia adalah tentangan atas serangan Israel yang menyasar kedudukan mereka.

Tiga anggota Islamic Jihad maut dalam serangan Israel pada Ahad dan kumpulan itu berikrar membalas dendam. Islamic Jihad adalah kumpulan bersenjata kedua terbesar di Gaza selepas Hamas.

Majlis Keselamatan PBB bersidang semalam bagi membincangkan keganasan itu susulan permohonan AS untuk mesyuarat tergempar.

"Pusingan terbaharu serangan adalah amaran kepada semua betapa hampirnya kita di ambang perang setiap hari," kata Mladenov bercakap menerusi sidang video dari Baitulmaqdis.

Kuwait, anggota bukan tetap majlis, menyekat satu kenyataan dideraf AS yang akan mengutuk sekeras-kerasnya serangan roket Palestin dari Gaza. -Reuters/AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky