Palestin Menarik Balik Wakil Di Romania, Hungary, Austria Dan Republik Czech

Palestin Menarik Balik Wakil Di Romania, Hungary, Austria Dan Republik Czech

Kementerian Luar Palestin hari ini berkata bahawa mereka menarik kembali perundingan Duta Besar Palestin di Romania, Hungary, Austria dan Republik Czech ekoran daripada penyertaan negara-negara Kesatuan Eropah (EU) berkenaan dalam majlis sambutan pemindahan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Baitulmuqaddis.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Luar Palestin hari ini berkata bahawa mereka menarik kembali perundingan Duta Besar Palestin di Romania, Hungary, Austria dan Republik Czech ekoran daripada penyertaan negara-negara Kesatuan Eropah (EU) berkenaan dalam majlis sambutan pemindahan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Baitulmuqaddis.

Menurut negara berkenaan, kesemua Duta Besar di empat buah negara tersebut mengambil bahagian dalam sambutan Kementerian Luar Israel pada Ahad lalu di Baitulmuqaddis untuk delegasi rasmi dari Washington yang merasmikan Kedutaan AS di bandar itu kelmarin.

Menurut Israel, kesemua 86 buah negara yang yang mempunyai misi diplomatik di Israel diundang ke majlis tersebut dan 33 buah telah menerima undangan itu. -REUTERS


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky