Palestin Tolak Tawaran Amerika Syarikat

Palestin Tolak Tawaran Amerika Syarikat

Pemimpin Palestin menolak tawaran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mahu memberi ‘sesuatu yang bagus’ jika Palestin mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Palestin menolak tawaran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mahu memberi ‘sesuatu yang bagus’ jika Palestin mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pegawai kanan Palestin, Ahmad al-Tamimi berkata, tindakan Trump mahu mengeluarkan Baitulmaqdis daripada rundingan akan datang, adalah ‘dasar berterusan AS yang memihak Israel.’

Beliau berkata, gesaan Trump untuk perjanjian damai Israel-Palestin adalah mustahil tanpa mengiktiraf Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin.

Keputusan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel Disember lalu dan membuka kedutaannya pada 14 Mei lalu, menyaksikan bantahan besar-besaran di sempadan Gaza dengan sekurang-kurangnya 63 maut ditembak tentera rejim Zionis.

Selasa lalu, Trump berkata, ia sesuatu yang bagus untuk mengeluarkan Baitulmaqdis dari meja rundingan kerana setiap kali rundingan damai, Palestin tetap membangkitkan isu Baitulmaqdis.

“Kini, Baitulmaqdis dikeluarkan dari rundingan, tiada apa untuk dirundingkan, namun Palestin akan mendapat sesuatu yang bagus,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Keselamatan Trump, John Bolton berkata, beliau berharap pemimpin Palestin akan mengenepikan isu pemindahan kedutaan itu.

Menurutnya, pemimpin Palestin perlu menerima hakikat tidak akan mendapat Baitulmaqdis dan kini boleh mengharapkan perkara lain yang boleh dipertimbangkan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin, Saeb Erekat, menolak kenyataan Bolton itu dengan menegaskan Baitulmaqdis Timur perlu menjadi ibu negara Palestin. - Agensi


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

conference-abu-talib
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky