Parlimen Kurdistan Luluskan Referendum Kemerdekaan

  • News Code : 854466
  • Source : ABNA24
Brief

Parlimen tempatan bagi wilayah Kurdistan, Iraq akhirnya mencapai kesefahaman untuk menganjurkan referendum kemerdekaan wilayah itu daripada negara Iraq pada 25 September 2017 akan datang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Parlimen tempatan bagi wilayah Kurdistan, Iraq akhirnya mencapai kesefahaman untuk membenarkan penganjuran referendum kemerdekaan wilayah itu daripada negara Iraq pada 25 September 2017 akan datang.

Agensi Berita Sputnik melaporkan bahawa Parlimen Kurdistan, Irak pada hari Jumaat semalam mencapai kesepakatan untuk membenarkan badan pilihanraya Kurdistan untuk menganjurkan referendum kemerdekaan wilayah tersebut daripada negara Iraq pada 25 September 2017 ini. Akan tetapi, terdapat sebahagian daripada anggota parlimen tersebut yang menentang memboikot perkara itu.

Menurut laporan, 65 anggota Parlimen Kurdistan, Iraq menyetujui penganjuran referendum tersebut.

Sebelum itu, parti-parti politik Kurdistan, Iraq pada 7 Jun 2017 dalam sebuah pertemuan yang turut dihadiri oleh pemimpin wilayah Kurdistan, Masoud Barzani bersepakat untuk mengajurkan referendum tersebut pada 25 September 2017 yang akan datang.

Referendum itu mendapat bantahan yang meluas khususnya daripada kerajaan Baghdad, sejumlah kumpulan politik dan beberapa buah negara yang berjiran dengan Iraq. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram