Parti Buruh Akan Iktiraf Negara Palestin Secepat Mungkin Jika Menang Pilihan Raya

  • News Code : 830172
  • Source : ABNA24
Brief

Parti Buruh Britain telah mengumumkan manifesto pilihan raya umum mereka yang merangkumi pengiktirafan negara Palestin secepat mungkin oleh kerajaan Parti Buruh jikalau terpilih untuk menerajui negara Eropah itu di dalam pilihan raya 8 Jun nanti.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Parti Buruh Britain telah mengumumkan manifesto pilihan raya umum mereka yang merangkumi pengiktirafan negara Palestin secepat mungkin oleh kerajaan Parti Buruh jikalau terpilih untuk menerajui negara Eropah itu di dalam pilihan raya 8 Jun nanti.

Manifesto yang diumumkan oleh pemimpin parti itu, Jeremy Corbyn di Bradford menyeru kepada penamatan sekatan rejim Israel ke atas Palestin dan menghentikan pembinaan penempatan haram oleh rejim Tel Aviv di tanah yang dijajah mereka.

"Parti Buruh menyatakan komitmen mereka untuk mencapai perdamaian yang komprehensif di Timur Tengah berdasarkan konsep penyelesaian dua buah negara - Israel yang selamat di samping negara Palestin yang berdaya maju," baca dokumen itu.

"Tidak boleh ada penyelesaian ketenteraan berhubung konflik ini dan setiap pihak perlu mengelakkan diri daripada mengambil langkah yang akan menjadikan perdamaian semakin sukar untuk dicapai," baca manifesto itu.

"Parti Buruh akan terus menggesa (kesemua pihak) untuk segera kembali ke proses rundingan yang akan menjurus kepada penyelesaian diplomatik."

"Kerajaan Parti Buruh akan mengiktiraf negara Palestin secepat mungkin," baca kenyataan itu lagi. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram