Pasukan Bersenjata Yaman Tembak Jatuh Tornado Milik Rejim Riyadh

Pasukan Bersenjata Yaman Tembak Jatuh Tornado Milik Rejim Riyadh

Pasukan pertahanan udara Yaman dilaporkan telah berjaya menembak jatuh sebuah pesawat tempur Panavia Tornado milik Arab Saudi yang sebelum itu terlibat di dalam misi pengeboman di Yaman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pasukan pertahanan udara Yaman dilaporkan telah berjaya menembak jatuh sebuah pesawat tempur Panavia Tornado milik Arab Saudi yang sebelum itu terlibat di dalam misi pengeboman di Yaman.

Seorang sumber tentera Yaman berkata bahawa pesawat tempur itu dibedil ketika sedang beroperasi di ruang udara daerah Kitaf wa al-Boqe'e yang terletak di wilayah Sa'ada, lapor rangkaian televisyen al-Masirah.

Sumber itu berkata bahawa pesawat tersebut telah ditembak jatuh dengan menggunakan peluru berpandu darat ke udara yang dioperasikan oleh tentera Yaman.

Pesawat itu sebelum ini dilaporkan telah mengambil bahagian di dalam sebuah operasi pengeboman ke atas kawasan kejiranan di Yaman.

Arab Saudi mula mengebom Yaman sejak Mac 2015 dalam usaha mengembalikan kuasa kepada sekutu Riyadh.

Arab Saudi sepanjang kempen kejam mereka di Yaman telah mengebom hospital, masjid, pasar dan pelbagai infrasruktur awam yang lain. Mereka turut melancarkan serangan berskala besar tanpa memilih bulu sekaligus meningkatkan kadar kematian dan kecederaan di pihak warga awam Yaman.

Sekutu barat Riyadh turut dilihat memainkan peranan penting di dalam mewujudkan kesengsaraan di Yaman. Menurut Amnesty, U.K dan Amerika Syarikat telah menjual senjata bernilai USD 5 bilion dolar kepada rejim Riyadh sejak rejim keluarga Saud memulakan kempen ganas mereka ke atas Yaman. -ABNA24


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky