PBB Pilih Palestin Pengerusi G77

PBB Pilih Palestin Pengerusi G77

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memilih Palestin sebagai Pengerusi blok negara-negara membangun terbesar di dunia, Kumpulan 77 (G-77), sekali gus menimbulkan kemarahan Israel terhadap keputusan itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memilih Palestin sebagai Pengerusi blok negara-negara membangun terbesar di dunia, Kumpulan 77 (G-77), sekali gus menimbulkan kemarahan Israel terhadap keputusan itu.

G-77 ditubuhkan pada 1964 oleh 77 negara yang bertujuan untuk merangsang kepentingan ekonomi dan memacu kapasiti rundingan bersama berhubung isu-isu besar ekonomi dunia dalam PBB.

Blok itu juga mewakili suara semua negara anggota di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) dan Palestin akan mengambil alih kepimpinan blok berkenaan daripada Mesir bermula Januari tahun depan.

Semasa temu bual menerusi telefon dengan akhbar The New York Times, Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour mengesahkan keputusan berkenaan dan memaklumkan Palestin akan berunding mewakili 135 negara.

Keputusan tersebut dilihat sebagai langkah progresif bagi pihak Palestin yang memegang status pemerhati negara bukan ahli di PBB, namun segera ditentang keras Israel.

“Matlamat asal G-77 adalah untuk membantu memajukan ekonomi negara-negara yang tidak membangun. Ini tidak akan mempromosikan matlamat G-77 dan menggalakkan Palestin untuk tidak terlibat dalam rundingan damai,” kata Duta Israel, Danny Danon sambil mendakwa amat malang bagi G-77 yang kini menjadi landasan untuk menyebarkan pembohongan dan kebencian.

Dalam perkembangan lain, Menteri Pertahanan Israel, Avig­dor Lieberman memberitahu, Israel akan membina 400 rumah di penempatan haram Yahudi Adam di utara Baitulmuqaddis iaitu di kawasan kejadian seorang remaja Palestin, Mohammed Dar Youssef, 17, menikam tiga penduduk Israel.

Dalam kejadian yang berlaku semalam, Mohammed Dar mati ditembak oleh tentera Israel.

“Jawapan terbaik kepada keganasan ialah meluaskan penempatan haram,” kata Lieberman yang menambah rejim Zionis turut menggantung permit kerja ahli keluarga Mohammed Dar yang berasal dari perkampungan Kobar.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky