Pejuang Houthi Lancar Peluru Berpandu Ke Atas Reaktor Nuklear UAE

  • News Code : 871001
  • Source : ABNA24
Brief

Gerakan Ansarullah Houthi berkata bahawa mereka telah berjaya melancarkan sebuah peluru berpandu ke sebuah loji nuklear yang terletak di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Gerakan Ansarullah Houthi berkata bahawa mereka telah berjaya melancarkan sebuah peluru berpandu ke sebuah loji nuklear yang terletak di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi.

"Pasukan peluru berpandu mengumumkan kejayaan mereka melancarkan peluru berpandu bersayap... ke atas reaktor nuklear al-Barakah di Abu Dhabi," lapor laman sesawang Houthi, al-Masirah. Laman tersebut melaporkan perkara itu pada hari Ahad tanpa memberikan perincian lanjut.

Media Yaman melaporkan bahawa peluru berpandu itu berjaya mengenai sasarannya yang merupakan reaktor nuklear al-Barakah di Abu Dhabi.

Kolonel Aziz Rashid, jurucakap tentera Yaman memberitahu saluran Lubnan, al-Mayadeen bahawa pelancaran peluru berpandu itu merupakan respon politik dan ketenteraan Sana'a ke atas UAE yang memainkan peranan penting di dalam kemusnahan yang berlaku di Yaman.

Media milik UAE pula dengan pantas menafikan dakwaan itu. Menurut mereka, loji nuklear yang masih berada di dalam tahap pembinaan itu selamat.

UAE juga berkata bahawa mereka memiliki sistem pertahanan udara yang mampu melindungi negara tersebut daripada ancaman seperti itu.

Pihak berkuasa Yaman kerap kali menyasarkan beberapa lokasi di Arab Saudi dengan peluru berpandu sebagai respon terhadap keganasan pakatan pimpinan Riyadh ke atas negara Yaman. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram