Peluru Berpandu Yaman Kenai Sasaran Di Pangkalan Udara Riyadh

  • News Code : 818703
  • Source : ABNA24
Brief

Tentera Yaman dan sekutu mereka telah berjaya melancarkan sebuah peluru berpandu jarak jauh ke atas sebuah pangkalan udara tentera Arab Saudi yang terletak di Riyadh. Serangan itu adalah yang kedua seumpamanya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Yaman dan sekutu mereka telah berjaya melancarkan sebuah peluru berpandu jarak jauh ke atas sebuah pangkalan udara tentera Arab Saudi yang terletak di Riyadh. Serangan itu adalah yang kedua seumpamanya.

Peluru bernama Borkan-2 dilaporkan telah mengenai Pangkalan Udara Raja Salman dengan tepat pada hari Sabtu, lapor rangkaian televisyen berbahasa Arab, al-Masirah.

Di dalam sebuah laporan yang dibuat oleh agensi berita rasmi Yaman, Saba, seorang sumber tentera Houthi memberitahu mereka bahawa serangan peluru berpandu itu dibuat sebagai balasan kepada jenayah perang Arab Saudi ke atas negara Yaman.

Sementara itu, tentera Yaman berikrar bahawa peluru berpandu itu akan terus disasarkan ke dalam wilayah Arab Saudi sehingga rejim Riyadh menghentikan serangan udara mereka ke atas negara Yaman.

Mereka turut menyatakan bahawa setakat ini sebanyak 108 peluru balistik telahpun disasarkan ke atas posisi yang diduduki oleh tentera penceroboh Arab Saudi di dalam dan di luar Yaman.

Di dalam perkembangan berlainan, tentera Yaman telah menyasarkan roket Zelzal-1 ke atas sekumpulan tentera upahan Arab Saudi di daerah al-Ramzah. Daerah itu terletak di wilayah Jizan.

Sehingga ini, pegawai Arab Saudi belum memberikan sebarang komen berhubung perkara di atas.

Pada bulan lepas, pihak Houthi mengesahkan pelancaran sebuah peluru berpandu ke atas kem tentera Arab Saudi di barat Riyadh.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram