Jurucakap Kementerian Luar Rusia telah memberi respon terhadap tweet terbaru Presiden Amerika Syarikat yang mendakwa bahawa hubungan Washington dengan Moscow kini berada di tahap yang lebih buruk berbanding era Perang Dingin sambil mengancam untuk melancarkan serangan langsung terhadap pasukan tentera Syria yang setia kepada kerjaan Assad berikutan dakwaan Barat bahawa mereka telah melancarkan serangan kimia Douma.
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jurucakap Kementerian Luar Rusia telah memberi respon terhadap tweet terbaru Presiden Amerika Syarikat yang mendakwa bahawa hubungan Washington dengan Moscow kini berada di tahap yang lebih buruk berbanding era Perang Dingin sambil mengancam untuk melancarkan serangan langsung terhadap pasukan tentera Syria yang setia kepada kerjaan Assad berikutan dakwaan Barat bahawa mereka telah melancarkan serangan kimia Douma.
"Peluru berpandu pintar perlu digunakan untuk menyerang pengganas, bukannya pemerintah sah (Syria) yang telah membenteras keganasan antarabangsa di wilayahnya selama beberapa tahun," kata jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova yang menulis di laman sosial Facebook sebagai respon terhadap tweet terbaru Donald Trump berhubung kemungkinan pelancaran serangan ketenteraa Barat di Syria.
Zakharova terus mengatakan bahawa sebarang bentuk serangan ketenteraan boleh dianggap sebagai percubaan untuk menutup bukti yang menunjukkan bahawa tidak ada serangan kimia di Douma.