Pemimpin Houthi Gesa Dialog Berikutan Konflik Dalaman

  • News Code : 870502
  • Source : ABNA24
Brief

Pemimpin Gerakan Ansarullah Houthi, Abdul-Malik al-Houthi menggesa sebuah dialog dalam rangka mencari penyelesaian kepada pertikaian yang wujud di antara kumpulan itu dengan dengan tentera yang setia kepada bekas Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Gerakan Ansarullah Houthi, Abdul-Malik al-Houthi menggesa sebuah dialog dalam rangka mencari penyelesaian kepada pertikaian yang wujud di antara kumpulan itu dengan dengan tentera yang setia kepada bekas Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh.

Ketika bercakap di dalam kaca televisyen pada hari Sabtu, beliau berkata bahawa perlu wujud proses rundingan di antara kedua-dua pihak dalam rangka menamatkan pertikaian tersebut.

Pemimpin kumpulan Houthi itu turut menggesa semua kumpulan di Yaman untuk sama-sama berusaha mengekalkan keamanan dan kestabilan di negara itu dan menggesa Saleh untuk bertindak lebih bijak dengan mempertimbangkan kepentingan Yaman.

Beliau turut menggesa kesemua kumpulan Yaman untuk memfokuskan keganasan pakatan yang diketuai oleh Arab Saudi ke atas negara itu. Menurut beliau, perpecahan di antara mereka akan hanya membantu pakatan Riyadh untuk mencapai matlamat mereka semata-mata.

Pasukan tentera yang setia kepada Ali Abdullah Salleh sebelum ini bekerjasama dengan para pejuang Gerakan Ansarullah Houthi dalam menghadapi kempen ganas pakatan yang diketuai oleh Arab Saudi. Akan tetapi, kedua-dua pihak tersebut kini sedang bertembung di antara satu sama lain di dalam sebuah konflik bersenjata di ibu kota Sana'a sepanjang beberapa hari lepas.

Dilaporkan bahawa tindakan Ali Abdullah Saleh yang bercakap di dalam kaca televisyen dengan menggesa pakatan yang diketuai oleh Arab Saudi untuk "membuka lembaran baharu" di dalam hubungan di antara pihak bertelagah telah mencetuskan kemarahan di kalangan pejuang Houthi.

Beliau turut menggesa pakatan itu untuk menghentikan serangan ke atas pejuang Houthi dan menamatkan sekatan ke atas negara tersebut dalam rangka membina hubungan yang baharu.

"Kami berikrar kepada saudara dan jiran kami bahawa selepas gencatan senjata dipersetujui dan sekatan ditamatkan... kami akan memulakan dialog melalui pihak berkuasa yang diwakili oleh parlimen kami," kata Saleh

Ketika memberi respon kepada ucapan Saleh, Pakatan yang diketuai Arab Saudi menyatakan keyakinan mereka bahawa beliau akan kembali ke pangkuan saudara Arabnya. Akan tetapi, mereka juga menuduh beliau mengkhianati tetangga Yaman dengan bekerjasama dengan Gerakan Ansarullah Houthi.

Gerakan Houthi kemudiannya membalas kenyataan Saleh dengan menuduh beliau melakukan penipuan. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram