Pemimpin Perancis Dan U.K Berhadapan Kecaman Kerana Serang Syria

Pemimpin Perancis Dan U.K Berhadapan Kecaman Kerana Serang Syria

Dua kuasa tentera utama di benua Eropah membuat perjudian dengan penglibatan mereka bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengebom Syria tanpa mendapat sebarang mandat daripada PBB. Pemimpin kedua-dua buah negara Eropah itu kini berhadapan dengan kesan negatif akibat daripada tindakan mereka itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Dua kuasa tentera utama di benua Eropah membuat perjudian dengan penglibatan mereka bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengebom Syria tanpa mendapat sebarang mandat daripada PBB. Pemimpin kedua-dua buah negara Eropah itu kini berhadapan dengan kesan negatif akibat daripada tindakan mereka itu.

Para pengkritik dengan pantas menuduh Britain dan Perancis memainkan peranan timbalan setia kepada pemimpin Amerika Syarikat yang mana personalitinya masih sukar untuk diramal.

Sesetengah pihak turut bimbang bahawa tindakan itu akan terus meningkatkan pertelingkahan benua itu dengan jiran mereka, Rusia.

Perdana Menteri Britain, Theresa May dikritik keras oleh pelbagai pihak kerana tidak meminta kelulusan parlimen sebelum melancarkan serangan udara yang diselaraskan pada Sabtu lepas.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron pula dikecam kerana dituduh mencemar kedaulatan negaranya yang sebelum ini dikenali kerana keengganan mereka untuk akur kepada tekanan bekas Presiden A.S George W. Bush yang meminta mereka untuk turut serta di dalam peperangan di Iraq.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky