Pendatang Yahudi Ceroboh Masjid Al-Aqsa

Pendatang Yahudi Ceroboh Masjid Al-Aqsa

Sekumpulan pendatang Yahudi bertindak menceroboh masjid al-Aqsa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekumpulan pendatang Yahudi bertindak menceroboh masjid al-Aqsa.

Kehadiran mereka pada pagi Rabu diiringi polis Israel.

Insiden itu mencetuskan pertempuran antara pendatang terbabit dan penduduk Palestin yang berada di tapak suci berkenaan.

Ketua Pengarah Awqaf Islam dan Hal Ehwal al-Aqsa, Sheikh Azzam al-Khatib menuduh pihak berkuasa rejim Zionis sebagai bertanggungjawab ke atas insiden tersebut.

Sejak penaklukan Zionis pada Jun 1967, Israel melakukan pelbagai aktiviti yang merosakkan masjid al-Aqsa.

Hanya beberapa hari sahaja selepas penaklukannya, mereka merobohkan dinding al-Magharibah di sebelah barat masjid dan diratakan untuk menjadi tempat ibadat orang Yahudi. - Press TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky