Penembakan Jatuh Pesawat Israel Tanda Permulaan Fasa Strategik Baharu: Hizbullah

Penembakan Jatuh Pesawat Israel Tanda Permulaan Fasa Strategik Baharu: Hizbullah

Hizbullah terus mengutuk tindakan kekerasan rejim Israel ke atas bangunan tentera dan sivil Syria sambil berkata bahawa penembakan jatuh pesawat tempur F-16 rejim Zionis oleh sistem pertahanan udara Damsyik telah menandakan permulaan fasa strategik baharu di kawasan tersebut "yang akan menghadkan pencabulan Israel ke atas ruang angkasa Syria."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Hizbullah terus mengutuk tindakan kekerasan rejim Israel ke atas bangunan tentera dan sivil Syria sambil berkata bahawa penembakan jatuh pesawat tempur F-16 rejim Zionis oleh sistem pertahanan udara Damsyik telah menandakan permulaan fasa strategik baharu di kawasan tersebut "yang akan menghadkan pencabulan Israel ke atas ruang angkasa Syria."

Hizbullah di dalam kenyataan mereka yang dikeluarkan pada hari Sabtu memuji "kewaspadaan dan keberanian tentera Syria ketika bertindak balas untuk menembak jatuh pesawat penceroboh Israel."

Pada awal hari Sabtu, media kerajaan Syria yang menukilkan sumber tentera melaporkan bahawa sistem pertahanan udara negara itutelah  berjaya menembak jatuh sekurang-kurangnya sebuah jet tempur F-16 milik Israel.

Sumber itu memberitahu bahawa pesawat tersebut sebelum itu menyasarkan kem tentera Syria di wilayah tengah negara itu. Menurut sumber yang sama, lebih daripada sebuah pesawat rejim Zionis berjaya ditembak jatuh. -ABNA24



Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky