Peneroka Yahudi Langgar Lari Remaja Palestin

Peneroka Yahudi Langgar Lari Remaja Palestin

Seorang remaja Palestin cedera dalam kejadian langgar lari di bandar al-Khalil, Hebron pada Jumaat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang remaja Palestin cedera dalam kejadian langgar lari di bandar al-Khalil, Hebron pada Jumaat.

Saksi berkata, sebuah kenderaan dipandu peneroka Yahudi melanggar remaja malang itu di kawasan kejiranan Tel Rumeida di wilayah yang diduduki.

Mangsa dikenali sebagai Munir Abdullah Gharib, 16, dan telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Insiden peneroka Yahudi menyerang rakyat Palestin di wilayah yang diduduki kerap berlaku dan dalam kes ini pihak berkuasa Israel menganggap ia sebagai kemalangan biasa.

Kira-kira 800 penduduk Israel di Kota Lama Hebron menikmati kehidupan di bawah perlindungan tentera Zionis, meskipun bandar tersebut dihuni majoriti rakyat Palestin.

Sebaliknya, kira-kira 30,000 rakyat Palestin berdepan pelbagai sekatan antaranya tidak dibenarkan memandu kenderaan atau pintu rumah mereka dikimpal sekiranya melakukan kesalahan kecil. - Middle East Monitor


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky