Penulis Israel Puji Remaja Palestin Dikecam

Penulis Israel Puji Remaja Palestin Dikecam

Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman, hari ini mengarahkan radio tentera menapis kenyataan penulis terkenal kerana membandingkan remaja Palestin yang berhadapan perbicaraan dengan gadis Yahudi yang dibunuh dalam peristiwa Holocaust.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman, hari ini mengarahkan radio tentera menapis kenyataan penulis terkenal kerana membandingkan remaja Palestin yang berhadapan perbicaraan dengan gadis Yahudi yang dibunuh dalam peristiwa Holocaust.

Ahed Tamimi, 16, ditahan Disember lalu kerana menampar dua anggota tentera Israel di Tebing Barat, dalam kejadian yang dirakamkan dalam video.

Beliau didakwa dengan 12 dakwaan termasuk menyerang dan diarahkan kekal dalam tahanan sehingga prosiding perundangan berakhir.

Dipuji sebagai wira oleh penduduk Palestin yang melihat beliau dengan berani menentang pencerobohan Israel, Tamimi juga menarik perhatian puak berhaluan kiri Yahudi termasuk penulis dan penyajak terkenal, Jonathan Geffen, yang mendedikasikan kenyataan di Instagram untuk gadis itu.

"Gadis jelita 17 tahun melakukan sesuatu yang berani, dan apabila pegawai Israel sekali lagi menyerbu rumahnya, dia menampar mereka.

"Dia dilahirkan begitu, dalam tamparan itu menggambarkan pencerobohan dan penghinaan selama 50 tahun.

"Pada hari cerita pergelutan ini dikhabarkan, kamu, Ahed Tamimi, gadis berambut merah seperti David menampar Goliath, akan berada sebaris dengan Joan of Arc, Hannah Szenes dan Anne Frank," tulis Geffen dalam Instagram.

Dalam kenyataan di media sosialnya sendiri, Lieberman mengecam penulis itu.

"Saya mengarahkan komander radio tentera berhenti memainkan atau menemubual Jonathan Geffen dalam semua siaran radio dan menggesa semua media di Israel berbuat demikian," katanya. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky