Penumpang Kritik Kod Pakaian Saudi Airlines

  • News Code : 847162
  • Source : Free Malaysia Today
Brief

Pengguna media sosial terutama yang menggunakan penerbangan Saudi Airlines mengkritik kod etika berpakaian yang dikenakan ke atas penumpang yang ingin melancong ke negara itu, lapor BBC News.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pengguna media sosial terutama yang menggunakan penerbangan Saudi Airlines mengkritik kod etika berpakaian yang dikenakan ke atas penumpang yang ingin melancong ke negara itu, lapor BBC News.

Syarikat penerbangan Arab Saudi yang terkenal mengamal Islam konservatif itu meletakkan syarat di laman web mereka dengan meminta penumpang berpakaian dengan cara yang “tidak menyinggung atau menimbulkan ketidakselesaan kepada penumpang lain”.

Butiran kod etika berpakaian itu adalah wanita tidak dibenarkan mendedahkan anggota badan, berpakaian ketat atau jarang. Manakala lelaki pula dilarang berseluar pendek.

Dalam peraturan itu juga menyebut, mana-mana penumpang yang gagal mematuhi kod berpakaian itu akan dilarang meneruskan perjalanan.
Pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi dengan menganggap peraturan itu sangat melampau.

Sesetengah penumpang dari negara luar yang tidak menyedari sekatan itu sebelum menaiki Saudi Airlines berkata mereka tidak selesa kerana terpaksa membeli pakaian baharu di lapangan terbang atau dalam beberapa kes mereka terpaksa membatalkan penerbangan.

Mereka juga mempersoalkan bagaimana negara yang kaya dengan sumber minyak itu dapat menggalakkan pelancong luar negara jika mereka mengawal cara berpakaian sambil bertanya: “Adakah pramugari juga memakai abaya?”

Terdapat seorang penumpang merakam gambar penumpang lelaki lain yang berseluar pendek yang duduk di depannya dengan bertanya: “Adakah peraturan itu dikenakan kepada semua orang?”.

Sesetengah mereka menyarankan syarikat penerbangan itu membuat perubahan seiring dengan masa dan berkata apabila tiket dibayar, penumpang bebas melakukan apa yang mereka inginkan.

“Bukan semua orang yang menggunakan syarikat penerbangan itu Islam, ini akan menimbulkan masalah,” kata seorang pengulas kod etika berpakaian itu.

Ada juga kalangan mereka memberi saranan agar syarikat penerbangan itu menitikberat keselesaan penumpang dengan menyediakan pakaian alternatif dan bukannya menghalang penumpang daripada meneruskan perjalanan.

Namun ada beberapa pengguna merasa kod itu sebagai langkah positif bagi syarikat penerbangan tersebut yang turut melarang hidangan arak di semua penerbangannya dan menyediakan ruang solat untuk penumpang.

Sementara yang lain bersetuju dengan pelaksanaan kod tersebut sambil berkata: “Saya tak lagi terpaksa melihat pemakaian seumpama itu di tempat awam. Itu keputusan besar syarikat penerbangan.”


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram