Perang Ke Atas Daesh, Iraq Tanggung Kerugian Sebanyak USD 100 Bilion

  • News Code : 866281
  • Source : ABNA24
Brief

Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi berkata bahawa kempen ketenteraan negara itu ke atas kumpulan pengganas Takfiri Daesh telah menyebabkan Baghdad menanggung kerugian sebanyak USD 100 bilion.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi berkata bahawa kempen ketenteraan negara itu ke atas kumpulan pengganas Takfiri Daesh telah menyebabkan Baghdad menanggung kerugian sebanyak USD 100 bilion.

"Iraq telah kerugian sebanyak USD 100 bilion di dalam perang anti Daesh. Akan tetapi, kami telah berjaya di dalam tiga buah pertempuran; (pertempuran) membebaskan tanah Iraq, (pertempuran) mengekalkan perpaduan Iraq dan (pertempuran) untuk menghadapi ancaman," kata Abadi di dalam ucapannya di Karbala pada hari Sabtu.

Kenyataan itu dibuat pada hari yang sama ketika televisyen Iraq, al-Iraqiyya melaporkan bahawa tentera kerajaan dan sekutu mereka berjaya membebaskan daerah Rumana di wilayah Anbar daripada cengkaman pengganas Takfiri Daesh. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram