Perang Yaman: Norway Gantung Jualan Senjata Ke UAE

Perang Yaman: Norway Gantung Jualan Senjata Ke UAE

Norway menggantung eksport senjata dan amunisi kepada Emiriah Arab Bersatu kerana bimbang ia akan digunakan dalam perang di Yaman, kata Kementerian Luar Negeri Norway semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Norway menggantung eksport senjata dan amunisi kepada Emiriah Arab Bersatu kerana bimbang ia akan digunakan dalam perang di Yaman, kata Kementerian Luar Negeri Norway semalam.

UAE menganggotai pakatan Arab Saudi yang dibentuk pada 2015 untuk memerangi kumpulan Houthi yang menguasai sebahagian besar utara Yaman dan ibu negara Sana’a, dalam perang yang mengorbankan lebih 10,000 orang dan menyebabkan lebih 3 juta orang hilang tempat tinggal.

Walaupun tiada bukti menunjukkan amuniti buatan Norway digunakan di Yaman, risiko berkaitan penglibatan tentera UAE di situ semakin meningkat, kata kementerian.


Permit eksport sedia ada dibatalkan buat sementara dan tiada lesen baharu akan dikeluarkan dalam keadaan sekarang, kata Norway.

Pada 2016, jualan senjata dan amunisi Norway kepada UAE meningkat kepada 79 juta krone Norway (RM39.17 juta) daripada 41 juta pada 2015, lapor Statistik Norway.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky