Percubaan Rampasan Kuasa, Mahkamah Turki Jatuhkan Hukuman Penjara Seumur Hidup Ke Atas 64 Orang

Percubaan Rampasan Kuasa, Mahkamah Turki Jatuhkan Hukuman Penjara Seumur Hidup Ke Atas 64 Orang

Sebuah mahkamah di Turki telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas 64 bekas anggota tentera negara itu berikutan penglibatan mereka di dalam percubaan rampasan kuasa pada Julai tahun lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah mahkamah di Turki telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas 64 bekas anggota tentera negara itu berikutan penglibatan mereka di dalam percubaan rampasan kuasa pada Julai tahun lepas.

Seorang sumber kehakiman yang berkata bahawa Mahkamah Jenayah Berat ke-17 di Ankara telah menjatuhkan hukuman itu ke atas mereka yang terbabit. Ankara sebelum ini menuduh Fethullah Gulen, ulama Turki yang menetap di A.S sebagai dalang utama di dalam rampasan kuasa itu.

Sumber itu turut menambah dengan mengatakan bahawa seramai 100 defendan yang lain pula dibebaskan.

Ketika percubaan rampasan kuasa itu bermula, sekumpulan anggota tentera Turki mengisyhtiharkan bahawa mereka telah merampas kawalan ke atas negara dan kerajaan Presiden Recep Tayyip Erdogan sudah tidak lagi berkuasa di sana. Percubaan itu kemudiannya berjaya dipatahkan beberapa jam selepas itu akibat daripada tekanan daripada warga awam Turki yang turun ke jalan raya untuk mempertahankan demokrasi di negara mereka.

Gulen pula telah menafikan penglibatannya di dalam rampasan kuasa itu di sebalik tuduhan berulang daripada Ankara yang turut menganggap pertubuhan pimpinan ulama itu sebagai kumpulan pengganas. -ABNA24



Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram