Pesawat Tempur UAE Ceroboh Ruang Udara Qatar

Pesawat Tempur UAE Ceroboh Ruang Udara Qatar

Qatar berkata bahawa pesawat tempur kedua milik Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mencabul ruang udaranya sehari selepas Doha membuat aduan rasmi kepada PBB berhubung apa yang dianggap mereka sebagai pencabulan terhadap ruang udara negara itu pada bulan lepas oleh jet pejuang dari negara yang sama.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Qatar berkata bahawa pesawat tempur kedua milik Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mencabul ruang udaranya sehari selepas Doha membuat aduan rasmi kepada PBB berhubung apa yang dianggap mereka sebagai pencerobohan terhadap ruang udara negara itu pada bulan lepas oleh jet pejuang dari negara yang sama.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Qatar pada hari Sabtu, pesawat tentera itu dilaporkan sedang dalam perjalanan dari UAE ke Bahrain pada 3 Januari lepas, ketika ia memasuki ruang udara zon ekonomi khas Qatar tanpa mendapatkan keizinan daripada Doha terlebih dahulu.

Dalam kenyataan itu, Doha menambah dengan berkata bahawa "pengulangan kejadian seumpama ini" adalah bukti kukuh bahawa UAE telah melanggar undang-undang antarabangsa.

Tidak lama selepas penyerahan mesej tersebut, Menteri Luar Negara UAE, Anwar Gargash dengan tegas menafikan tuduhan berkaitan dengan insiden pertama dan berkata Abu Dhabi akan menghantar maklum balas rasmi kepada pihak terbabit.

Ketegangan telah meningkat di rantau Teluk Parsi selepas Arab Saudi, Bahrain, Mesir, dan UAE menggantung hubungan diplomatik mereka dengan Qatar pada 5 Jun tahun lalu dan menuduh Doha menaja "keganasan" dan berusaha untuk mengganggu kestabilan rantau Timur Tengah.

Blok yang diketuai oleh rejim Saudi itu turut mengenakan sekatan terhadap negara kecil Teluk Parsi itu, termasuk sekatan terhadap pesawat Qatar menggunakan ruang udara mereka. Sepanjang krisis diplomatik itu, Abu Dhabi telah mengambil pendirian yang tegas terhadap Doha.

Dalam rangka mempertingkatkan tekanan ke atas Qatar, Arab Saudi telah menutup sempadan daratnya dengan mereka sekaligus menyekat sebahagian besar saluran bekalan makanan kepada negara itu. Doha, bagaimanapun, menolak dakwaan pakatan tersebut sambil menegaskan bahawa negara yang memulau mereka sedang berusaha menyerang kedaulatannya. -ABNA24


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky