Pesawat Tentera Israel Serang Pangkalan Udara Syria

Pesawat Tentera Israel Serang Pangkalan Udara Syria

Rusia dan Syria mengatakan bahawa pesawat perang Israel telah menyerang pangkalan udara yang dioperasikan oleh negara Arab itu di wilayah Homs sambil menegaskan bahawa sistem pertahanan udara Syria berjaya memintas lima daripada lapan buah peluru berpandu tentera rejim Zionis.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia dan Syria mengatakan bahawa pesawat perang Israel telah menyerang pangkalan udara yang dioperasikan oleh negara Arab itu di wilayah Homs sambil menegaskan bahawa sistem pertahanan udara Syria berjaya memintas lima daripada lapan buah peluru berpandu tentera rejim Zionis.

Agensi berita Interfax memetik Kementerian Pertahanan Rusia sebagai berkata pada hari Isnin bahawa dua pesawat tempur F-15 Israel telah melakukan serangan dari ruang udara Lubnan ke atas pangkalan udara T-4 pada hari Ahad.

"Dua pesawat F-15 tentera Israel telah menyasarkan pangkalan udara tersebut di antara jam 03:25 pagi dan 03:53 waktu Moscow (0025 GMT dan 0053 GMT) dengan menggunakan lapan buah peluru berpandu yang dikawal dari jarak jauh di dalam wilayah Lubnan. Operasi itu dilancarkan tanpa memerlukan pesawat tempur rejim Zionis Israel untuk memasuki ruang udara Syria," Kata Kementerian Pertahanan Rusia.

Tentera Rusia menyatakan bahawa sistem pertahanan udara Syria berjaya menembak jatuh lima lapan peluru berpandu.

"Serangan Israel ke atas pangkalan udara T-4 dilaksanakan dengan menggunakan pesawat F-15 yang melancarkan beberapa buah peluru berpandu dari wilayah Lubnan," kata sumber tentera Syria yang dipetik oleh agensi berita SANA.

Amerika Syarikat dan Perancis sebelum ini berikrar untuk memberikan "respon bersama yang keras" terhadap Damsyik berikutan dengan insiden serangan kimia yang menyaksikan kuasa Barat mengambil kesimpulan pantas untuk menyalahkan kerajaan Presiden Bashar Assad.

Damsyik, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Sabtu, dengan tegas menolak tuduhan menggunakan senjata kimia dan mengatakan bahawa laporan itu merupakan sebuah tuduhan berulang oleh kumpulan pengganas takfiri yang dikenali sebagai Jaish al-Islam yang mempunyai kehadiran dominan di Douma dalam rangka untuk menghalang kemaraan Tentera Darat. "

Moscow juga menolak tuduhan yang dibuat ke atas kerajaan Syria dan menanggap laporan berkaitan sebagai palsu. Mereka juga memberi amaran tentang akibat daripada serangan melulu ke atas Damsyik.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky